bg

Thursday, December 2, 2010

...aku pun senasib.....

Peniaga Melayu di premis UDA dakwa ditindas

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan di premis UDA Holdings Berhad mendakwa mereka ditindas oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, ramai peniaga Melayu yang mengadu bahawa mereka dianaktirikan termasuk dikenakan kadar sewa yang tidak munasabah.
Lebih parah, katanya, kebanyakan ruang niaga di pusat beli-belah kepunyaan UDA juga dikuasai bukan sahaja oleh kaum lain tetapi juga warga asing.
"Mereka mendedahkan pelbagai masalah apabila menjalankan perniagaan di premis berkenaan termasuk terpaksa membayar sewa tapak jualan sehingga RM500 sehari pada musim promosi.
"Kami mempunyai bukti dalam hal ini kerana Perkasa turut melakukan penyiasatannya sendiri terhadap premis-premis berkenaan.
"Perkasa sangat sedih apabila ini berlaku kepada peniaga Melayu di premis yang dipunyai syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti UDA yang sememangnya diwujudkan untuk membolehkan orang melayu mempunyai hartanah atau perniagaan di bandar-bandar besar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Syed Hassan berkata, akibat terbeban dengan kadar sewa yang tinggi dan ruang perniagaan dikuasai bangsa asing, ada peniaga Melayu yang terpaksa gulung tikar atau keluar daripada premis berkenaan untuk mencari tapak yang lebih murah.
Justeru pihaknya menyeru kepada semua para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan di pusat-pusat membeli belah kepunyaan anak syarikat UDA dan merasa ditindas agar menghubungi pihak Perkasa di talian 03-40437087 secepat mungkin.
Menurutnya, para peniaga Melayu perlu bersatu padu untuk memastikan tiada pihak yang boleh menindas mereka sewenang-wenangnya.
habis/...

No comments:

Post a Comment