bg

Monday, December 27, 2010

DOA UNTUK MU


Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu . . .
Ya Ilahi . . .
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu. . .
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kelak..

Saturday, December 25, 2010

Allah maha mendengar permohonan hambanya....



...balik dari surau selepas solat subuh 23hb disember 2010  isteri dan anak-anakku dah bersiap-siap maklum lah hari ni adalah d-day untuk kakcik.....pmr result.Keputusan dijangka keluar pukul 10 pagi ,perjalanan dari ampang ke MRSM kuala klawang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam  melalui jalan hulu langat -genting peras...kami keluar pukul 9 pagi dan drive secara santai je maklumlah jalan berbukit dan berliku....


...kak cik dari pagi lagi nampak nervous je...dalam perjalanan kami sempat bertanya agak-agak dapat berapa A...kata kak cik insyaAllah 8A....saya tak lah risau sangat sebab saya yakin kakcik boleh dapat keputusan yang baik...bersambung.....
 ...dalam perjalanan menuju kedewan untuk mengambil keputusan..

 ...suspen...

 ...ibunye terharu...terus talipon atok bagitau...masa ni aku amat terharu kerana biasanya berita begini kami berkongsi dengan tok wan tapi tok wan dah tiada...al-fatihah untuk tok wan...

...semak kot-kot ada hutang dengan sekolah...

 ..ok tak de hutang boleh ambil slip...

 ...the result that make me proud....

...always remember...mintalah pertolongan dengan sabar dan bersolat....

Tuesday, December 14, 2010

jangan jemu berdoa...


Memohon doa dimakbulkan

1. MINTA – Tahu apa yang kita mahu
… Aku dekat .. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku ( Al-Baqarah: 186)
Niat yang jelas, itulah yang pertama kita perlu sampaikan, bagaimana Allah akan mengabulkan doa kita kalau niat kita tidak jelas? Tetapkanlah niat anda, jika apa yang kita minta tidak jelas, maka kekaburan yang akan datang kepada diri kita.
Jadi, cuba catat dalam buku nota, dan jawab pertanyaan berikut untuk tahu apa yang kita mahukan

1. Apa keinginan saya?
2. Mengapa saya menginginkan itu?
3. Kalau saya berjaya mendapatkan keinginan itu, bahagiakah saya? kenapa?
4. Bolehkah saya bahagia tanpa mendapatkan keinginan itu?
5. Bagaimana dengan apa yang telah saya dapatkan sejauh ini? berbahagiakah sayakah?
6. Apa erti kebahagiaan buat saya?
Seboleh mungkin, jauhilah penggunaan kata “jangan, tidak, bukan” fokuslah pada yang anda inginkan tanpa menggunakan perkataan tersebut. cth: “Ya Allah, janganlah rumah hamba banjir lagi ..” diganti dengan “Ya Allah, jauhkanlah rumah hamba dari bencana banjir ..”
Walaupun isinya sama, namun penggunaan kata “jangan” menunjukkan kita itu mengeluh atas banjir yang berlaku sebelum ini, sedangkan mengeluh itu negatif. namun pada kalimat kedua, kita katakan apa yg kita inginkan dengan jelas tanpa ada unsur aduan.
2. YAKIN – Membenarkan Doa Dimakbulkan
“Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa”
Yakini doa anda akan dimakbulkanNya. Anggaplah apa yang anda inginkan sudah menjadi milik anda. Ketahuilah bahawa keinginan anda akan datang pada anda pada masa yang diperlukan dan biarkan datang, jangan mengeluhkan dan mengkhuatirkannya, jangan memikirkan ketiadaanya.
Fikirkan keinginan anda sebagai benda milik anda, sebagai harta anda.
Analoginya seperti ini, kita telah menempah kereta dengan salesman kereta dan pasti kita tenang dan yakin kita akan dapat kereta tersebut dan akan jadi milik kita, jadi yakinlah diri kita percaya dan yakin bahawa Allah sudah mengabulkan doa tersebut sambil jangan lupa kita mensyukuri apa yang telah kita ada masa ini.
3. Terima – Bersyukur
“.. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu” QS: Ibrahim: 7)
Dan inilah yang membuat doa kita cepat dikabulkan, sangat dahsyat tetapi sering di abaikan kerana sukar di fikirkan secara logik. Di sini kita bersyukur seolah-olah doa kita terkabul, apa yang kita inginkan terkabul. dengan kata lain, kita seolah-olah sudah melihat, mendengar, dan merasakan sepenuh hati bahawa doa kita benar-benar terwujud.
Perkara ini memang sukar dilakukan, namun disinilah kuncinya. Ini seperti kita sudah menjelaskan pembayaran downpayment (syukur) walaupun tempahan (doa) belum di kita terima.
Untuk mempermudah bersyukur, cubalah menghayalkan kita mendapatkan apa yang kita inginkan tersebut. rasakan dengan senyata mungkin, rasakan dengan seluruh panca indera kita, perasaan bahagia kita ketika doa tersebut terkabul, rasakan sentuhan, penglihatan, pendengaran, perasaan bahagia kita semasa kita mendapat yang kita inginkan.
Setelah rasa bahagia tersebut didapati, ucapkan “Alhamdulillah Ya Allah, engkau telah mengabulkan doaku, dan aku bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan kepadaku selama ini” diiringi dengan senyum dan hati yang lega.
4. Bayangkan dalam bentuk visual
Ini seperti yang ceramah yang saya dengar dari seorang motivator bagaimana dia selalu membayangkan apa yang hendak diinginkan semasa berdoa.
Semasa beliau mengerjakan haji, dia mendapati sangat sukar untuk mencium batu Hajar Aswad. Beberapa hari dia datang untuk mencium batu tersebut tetapi gagal. Sehingga dia berdoa bersungguh-sungguh dambil membayangkan dia dapat mendekati batu hajar aswad dan selepas berdoa seperti ada laluan yang diberikan kepadanya terus dapat mencium Hajar Aswad sepuas-puasnya.
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.

Friday, December 10, 2010

solat tahajjud...

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2)Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

3)IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4)PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”
Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow
Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5)Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6)RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.
Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

p/s:Selamat Tidur wahai saudara/saudari sekalian pengunjung alam maya.Cuba amalkan apa yang saya jelaskan pada NOTA ini dan cuba praktikkan diri saudara/saudari SEDIKIT DEMI SEDIKIT,LAMA KELAMAAN AKAN BERHASIL.Moga hari esok masih ada lagi peluang untuk kita diberi nikmat bernafas setiap detik.SALAM PERINGATAN.Jangan pula ada di kalangan anda yang sanggup bersengkang mata semata-mata hendak meluangkan masa di alam maya ini terlalu lama kerana kita sudah tiada masa,PERSIAPKAN BEKALAN AKHIRAT MU ITU,wahai saudara/saudari sekalian....Jadikan malam ini dan malam-malam seterusnya dihiasi dengan mutiara Ibadat anda semua...

Thursday, December 9, 2010

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik
Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
 Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.


Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam bissawab.