bg

Sunday, December 5, 2010

esok mentari melabuhkan tirai 1431 dan selamat datang 1 Muharram 1432

PENGENALAN AWAL MUHARRAM
sujud adalah saat kita paling hampir dengan Allah...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya. 

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Saturday, December 4, 2010

pengumuman......jalan-jalan yang ditutup hari ini

minggu ni bermulalah pesta kenduri kahwin dan banyaklah kelihatan khemah-khemah didirikan dan banyaklah juga jalan-jalan yang ditutup.....dekat rumah teman pun harini ada satu jemputan dan esok ada dua jemputan yang jaraknya tak sampai pun 200 meter...(pasangan pengantin yang sama) kalau dicampur dengan jumlah jemputan luar esok ada lima jemputan yang rasanya perlu ditunaikan semuanya....tunggulah esok ....agaknya sampai pukul berapa baru nak habis semua jemputan tu...


 kaut lah sesuka hati....
tinggal kenangan..... kat kampung pun dah pakai katering...dah susah nak tengok orang kampung bergotong royong macamni...kenapa jadi macam tu....
 biasalah jalan-jalan ditutup...kesian lori jual gas ngan surat khabar lame...
 simple.....
moga ikatan kekal abadi....

ini ada ubat pada sesiapa yang ada sakit.....

Thursday, December 2, 2010

Selamat kembali para jemaah haji....semoga mendapat haji yang mabrur...

MENYAMBUT KEPULANGAN JEMAAH HAJI
Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala di dunia mahupun di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,

Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang digalakkan untuk melakukannya ketika menyambut kepulangan jemaah haji, antaranya kita disunatkan untuk bersalaman dan berjabat tangan serta berpelukan sambil mengucapkan yang maksudnya : ‘Semoga Allah menerima ibadat haji engkau dan mengampunkan dosa engkau serta menggantikannya perbelanjaan yang telah engkau keluarkan’.

Dalam perkara bersalaman dan berpelukan itu, perlulah diingat bahawa hendaklah di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sahaja atau sama muhrimnya sahaja. Selain dari itu, adalah elok juga bagi mereka yang menyambut ketibaan orang haji itu meminta doakan kepada orang-orang yang baru balik haji kerana doa mereka adalah mustajab, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

“Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta’ala (doanya adalah dimakbulkan)” – Riwayat Al-Imam Ahmad

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada mengajarkan supaya orang-orang haji itu sendiri apabila ia hendak sampai ke rumah, sunat baginya untuk singgah ke masjid terlebih dahulu dan melakukan sembahyang sunat dua rakaat. Dan apabila sampai ke rumahnya pula, dia bersembahyang lagi dua rakaat dan berdoa serta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas selamatnya dia kembali ke pangkuan kaum keluarganya.

Demikianlah wahai kaum Muslimin di antara beberapa amalan dan adab bagi orang yang balik dari menunaikan ibadat haji dan orang yang menyambut kedatangan mereka, maka ikutlah panduan tersebut dan janganlah melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam semata-mata hanya untuk mengikut kebiasaan dan adat resam. Janganlah sampai kita melakukan perkara-perkara yang dianggap bidaah sayyiah atau bidaah dhalalah, yang boleh menyebabkan kita masuk neraka, Na’uzubilllahi min zalik.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga jemaah haji mendapat haji yang mabrur. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 31 tafsirnya :
“Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi”.

AYAH'S BIRTHDAY



"Allah selamatkan ayah..
Allah selamatkan ayah..
Allah selamatkan ayahanda kami..
Allah selamatkan ayah.. "






Sm0ge ayahanda panjang umor dan dimurahkan rezeki sentiasa..aminn~
we all love you so much.thanks ayah!


coretan oleh : emak,kaklong,kakngah n kakcik hehe ;)