bg

Monday, January 10, 2011

doa ibu....

Assalamualaikum
                                                                                                
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  Kepada semua sila luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istimewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tak baik tapi takde masa nak buat benda yang baik. 

Jika kita tak pernah kecukupan rezki/duit juga bermaksud kita disiksa Allah. 

Setitik air mata ibu yang jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                     

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
Ø 
      Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
Ø 
      Membaca quran sehingga menitis air mata. 
Ø 
      Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air   mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor.
Ø       Anak.                          
Ø 
      Ibu.                          
Ø 
      Suami. 
                         
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut...

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. 

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu nak tolong org sekarang pasang niat nak tolong bila mampu pun dah memadai. 

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                        

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”. 
Ø        Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. 
                          

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lepas tu bicaralah dengan Allah..
Ø       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø       “Ya Allah, berilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .

Barang siapa yang tidak mendoakan untuk ibu/bapa yang sudah meninggal selepas sembahyang maka diibaratkan dia anak yang derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin"  atau “bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam semasa melintasi kubur(sila rujuk adab-adab melawat kubur). 

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat. 
                         

Sesiapa yang selalu bersedekah takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org lain yang susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kalau kita sendiri nak pergi cari org susah untuk bersedekah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!. (tapi berhati-hati lah juga sebab sekarang ni ada sindiket le...jangan kita kena tipu pulak)                        

Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          

Kadangkala  Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dalam keadaan mereka uzur, sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya dengan syarat anak-anak redha dan memelihara ibu.bapa dengan ikhlas tanpa komplen.Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 

Anak Lari Dari Rumah 
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dijemuran dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          

Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          
 
Anak Degil 

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala dan panggil  ROH ANAK 
"wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah mencuba sungguh menakjubkan dan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 

Jadi sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam

Thursday, December 30, 2010

....pendaftaran dan penerapan pelajar uitm 2010...

 ...sempat gurau dengan kak long sebelum ke shah alam...
 ...posing deng driver dulu....

...suke bergambor..
 ...inilah rumah kedua kakngah...
 ...ibu menemani sampai kebilik...
 ...inilah dia...
 ...roomate...

Monday, December 27, 2010

DOA UNTUK MU


Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu . . .
Ya Ilahi . . .
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu. . .
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kelak..

Saturday, December 25, 2010

Allah maha mendengar permohonan hambanya....



...balik dari surau selepas solat subuh 23hb disember 2010  isteri dan anak-anakku dah bersiap-siap maklum lah hari ni adalah d-day untuk kakcik.....pmr result.Keputusan dijangka keluar pukul 10 pagi ,perjalanan dari ampang ke MRSM kuala klawang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam  melalui jalan hulu langat -genting peras...kami keluar pukul 9 pagi dan drive secara santai je maklumlah jalan berbukit dan berliku....


...kak cik dari pagi lagi nampak nervous je...dalam perjalanan kami sempat bertanya agak-agak dapat berapa A...kata kak cik insyaAllah 8A....saya tak lah risau sangat sebab saya yakin kakcik boleh dapat keputusan yang baik...bersambung.....
 ...dalam perjalanan menuju kedewan untuk mengambil keputusan..

 ...suspen...

 ...ibunye terharu...terus talipon atok bagitau...masa ni aku amat terharu kerana biasanya berita begini kami berkongsi dengan tok wan tapi tok wan dah tiada...al-fatihah untuk tok wan...

...semak kot-kot ada hutang dengan sekolah...

 ..ok tak de hutang boleh ambil slip...

 ...the result that make me proud....

...always remember...mintalah pertolongan dengan sabar dan bersolat....

Tuesday, December 14, 2010

jangan jemu berdoa...


Memohon doa dimakbulkan

1. MINTA – Tahu apa yang kita mahu
… Aku dekat .. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku ( Al-Baqarah: 186)
Niat yang jelas, itulah yang pertama kita perlu sampaikan, bagaimana Allah akan mengabulkan doa kita kalau niat kita tidak jelas? Tetapkanlah niat anda, jika apa yang kita minta tidak jelas, maka kekaburan yang akan datang kepada diri kita.
Jadi, cuba catat dalam buku nota, dan jawab pertanyaan berikut untuk tahu apa yang kita mahukan

1. Apa keinginan saya?
2. Mengapa saya menginginkan itu?
3. Kalau saya berjaya mendapatkan keinginan itu, bahagiakah saya? kenapa?
4. Bolehkah saya bahagia tanpa mendapatkan keinginan itu?
5. Bagaimana dengan apa yang telah saya dapatkan sejauh ini? berbahagiakah sayakah?
6. Apa erti kebahagiaan buat saya?
Seboleh mungkin, jauhilah penggunaan kata “jangan, tidak, bukan” fokuslah pada yang anda inginkan tanpa menggunakan perkataan tersebut. cth: “Ya Allah, janganlah rumah hamba banjir lagi ..” diganti dengan “Ya Allah, jauhkanlah rumah hamba dari bencana banjir ..”
Walaupun isinya sama, namun penggunaan kata “jangan” menunjukkan kita itu mengeluh atas banjir yang berlaku sebelum ini, sedangkan mengeluh itu negatif. namun pada kalimat kedua, kita katakan apa yg kita inginkan dengan jelas tanpa ada unsur aduan.
2. YAKIN – Membenarkan Doa Dimakbulkan
“Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa”
Yakini doa anda akan dimakbulkanNya. Anggaplah apa yang anda inginkan sudah menjadi milik anda. Ketahuilah bahawa keinginan anda akan datang pada anda pada masa yang diperlukan dan biarkan datang, jangan mengeluhkan dan mengkhuatirkannya, jangan memikirkan ketiadaanya.
Fikirkan keinginan anda sebagai benda milik anda, sebagai harta anda.
Analoginya seperti ini, kita telah menempah kereta dengan salesman kereta dan pasti kita tenang dan yakin kita akan dapat kereta tersebut dan akan jadi milik kita, jadi yakinlah diri kita percaya dan yakin bahawa Allah sudah mengabulkan doa tersebut sambil jangan lupa kita mensyukuri apa yang telah kita ada masa ini.
3. Terima – Bersyukur
“.. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu” QS: Ibrahim: 7)
Dan inilah yang membuat doa kita cepat dikabulkan, sangat dahsyat tetapi sering di abaikan kerana sukar di fikirkan secara logik. Di sini kita bersyukur seolah-olah doa kita terkabul, apa yang kita inginkan terkabul. dengan kata lain, kita seolah-olah sudah melihat, mendengar, dan merasakan sepenuh hati bahawa doa kita benar-benar terwujud.
Perkara ini memang sukar dilakukan, namun disinilah kuncinya. Ini seperti kita sudah menjelaskan pembayaran downpayment (syukur) walaupun tempahan (doa) belum di kita terima.
Untuk mempermudah bersyukur, cubalah menghayalkan kita mendapatkan apa yang kita inginkan tersebut. rasakan dengan senyata mungkin, rasakan dengan seluruh panca indera kita, perasaan bahagia kita ketika doa tersebut terkabul, rasakan sentuhan, penglihatan, pendengaran, perasaan bahagia kita semasa kita mendapat yang kita inginkan.
Setelah rasa bahagia tersebut didapati, ucapkan “Alhamdulillah Ya Allah, engkau telah mengabulkan doaku, dan aku bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan kepadaku selama ini” diiringi dengan senyum dan hati yang lega.
4. Bayangkan dalam bentuk visual
Ini seperti yang ceramah yang saya dengar dari seorang motivator bagaimana dia selalu membayangkan apa yang hendak diinginkan semasa berdoa.
Semasa beliau mengerjakan haji, dia mendapati sangat sukar untuk mencium batu Hajar Aswad. Beberapa hari dia datang untuk mencium batu tersebut tetapi gagal. Sehingga dia berdoa bersungguh-sungguh dambil membayangkan dia dapat mendekati batu hajar aswad dan selepas berdoa seperti ada laluan yang diberikan kepadanya terus dapat mencium Hajar Aswad sepuas-puasnya.
Posted @ www.isuhangat.net. Wallahualam.