bg

Friday, June 24, 2011

....ujian dan kematian...

semalam 23hb jun 2011 aku menziarahi sahabat sepengajian ku di universiti 32 tahun dulu yang diserang stroke/angin ahmar di bandar baru sungai buaya rawang....beliau diserang stroke pada awal january dan berada dihospital selama 2 bulan dan dibenarkan pulang pada bulan mac...

sebenarnyer aku tidak mendapat berita tentang keuzuran sahabat ku ini sahinggalah pada 21 hb jun 2011(dua hari sebelum ziarah) tergerak hati ni nak bertanya khabar....nasib baik no handpon masih ada lagi tersimpan ...terus dail dan panggilan diangkat oleh isteri beliau dan aku pun bertanya 'azmi ada'  lalu aku pun ber"hello" ...tapi bila aku mendengar jawapan dari mulut beliau aku tahu yang sahabat aku ni ada sesuatu yang tak kena....salepas bercerita sesingkat mungkin kerana tak mau mengganggu dan menyusahkan beliau berkomunikasi maka aku pun mengumpulkan beberapa sahabat lama yang dah bersara dan punya banyak masa(bersara awal)maka kami bersetuju untuk pergi menziarahi beliau..

dalam perjalanan menuju kerumah sahabat ini aku menerima satu panggilan dari ahli qariah yang memaklumkan akan kematian seorang ahli jemaah kami yang telah terlantar di hospital selama 3 bulan....sahabat yg menelepon ini sepatutnye menguruskan jenazah ini tetapi beliau juga sedang berada di hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan meminta akau berpatah balik untuk menguruskan jenazah ini...setelah menghubungi beberapa sahabat lain dan berbincang tentang waktu pengkebumian dan pengurusan jenazah maka aku teruskan ziarah ini ....

kami sampai kerumah sahabat ini dan disambut oleh isteri beliau yang kelihatan terkejut dengan kedatangan kami....kami bersalaman dan berpelukan dan aku terasa hiba dengan keadaan sahabatku yang uzur (lumpuh sebelah kanan dari atas ke bawah)....kami berbual,bergurau ,memberi semangat dan mendoakan semoga sahabat ini dapat kembali pulih seperti sediakala....

bersambung.....




No comments:

Post a Comment